Showing posts with label Asip. Show all posts
Showing posts with label Asip. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

R.E.T.O.R.I.K (1)

Teringat lagi aku pada pemandangan Tasik Paya Bungur pada hujung bulan Februari lalu. Itulah kali pertama aku mengenali Fatin. Keindahan waktu itu sama seperti indahnya dunia yang aku reka ketika aku memandang wajah Fatin. 

"Awak orang mana?" 
"Maaf, maaf saya jatuhkan menda alah ni," jawabku ringkas sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang tanpa sengaja aku jatuhkan ke tanah. Fatin tersenyum. Dia menghulurkan tangan. 
"Saya tanya awak orang mana, takpe saya maafkan. Jawab soalan saya dulu," tanya Fatin sedikit marah.
"Woi Kamal jawablah, kesian Fatin dari tadi dia dok perati kau tahu? Mengidam la tu," perli si Zaimah sambil menyiku perlahan Fatin.

Aku cuma terdiam dan tersenyum malu melihat Fatin. Ya, aku memang pemalu. Terkadang rasanya mahu menampar diri sendiri kerana penyakit malu ini. 

****

"Laa, senyum sorang-sorang ni gila ke apa benda?" terjah Zaidi. Tersentak aku dibuatnya. 
"Takde apa, teringat masa kita piknik dekat Kuantan dulu," aku masih tersenyum.
"Eh? betul jugak. Dah lama tak piknik ni. Apa lagi jom weekend?" 
"Aku tak boleh lah Didi, ada kerja sikit nak buat."
"Dah tau dah, tau dah. Kau yang konon-kononnya ada kerja time cuti ni nak kena terajang ke apa?" Zaidi tunjuk penumbuk. Aku tersengih. 
"Yelaa.." aku meleret masih tersenyum. Kawanku memang memahami kerenah aku. Sejak kecil memang susah mahu bergaul dengan kawan-kawan selain yang rapat denganku.

Aku beredar dari balkoni bilik mahu masuk ke bilik air. Aku menanggalkan pakaian dan menghidupkan water pump shower

****

"Awak malu ke dengan saya Kamal?" tanya Fatin tersenyum.
"Takdelah, saya segan sikit je, tak banyak pun. Sikit je," perlahan mataku memandang pada Ali yang melompat-lompat gembira mendapat hasil pancingan.
"Pandanglaa sini, saya bukan hantu tau," marah Fatin manja.
"Kau kena tahu Fatin, si Kamal ni pemalu ya amat. Sakit hati aku. Suruh hantar apa-apa ke cikgu pun, kalau boleh nak suruh aku. Heh!" Zaimah mengeluh.
"Takpelah orang tak sudi nak kenal kita, nak buat macam mana kan?" Fatin sedikit merajuk.

Aku cuma terdiam. Tiada ungkapan yang boleh keluar pada mulut aku. Kalaulah Fatin boleh mendengar suara hati aku, tentu kami sudah berborak rancak. Cuma kalau. 

Aku kenal siapa Fatin sebenarnya. Dia pelajar yang baru sahaja berpindah dari Sabah ke semenanjung. Orang Johor tetapi sudah lama menetap di Sabah. Berpindah kerana ayahnya seorang pengurus kilang minyak disana.

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku tersenyum sambil sedikit lega akhirnya boleh juga aku melarikan diri dari dua orang perempuan yang dari tadi tak habis-habis mengacau aku. Aku memberi isyarat telefon pada mereka sambil bangkit mahu bangun dan beredar dari situ. Nombor yang tidak dikenali. Aku pun menekan butang hijau. 

"Hello?"
"..."
"Hello ni siapa?"
"Assalamualaikum, ni Fatin. Kenapa malu dengan saya?" tergelak aku dibuatnya. Itulah perangai Fatin yang buat aku jatuh hati pada dia. 
"Sebab, entahlah.." jawab aku selamba.
"Yang awak takut sangat saya ngorat awak kenapa? Kang saya ngorat bebetul kang? Haa," jelas suara Fatin sedikit menjerit di belakang aku. Aduh tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku waktu itu.
"Haa, yela-yela. Habis tu sekarang nak apa ni?" aku masih lagi meneruskan perbualan telefon dengan jarak paling dekat di dunia.
"Nak kahwin, jom!" jelas didalam telefon suara Zaimah gelak terkekek-kekek.
"Haa, yelaa.." aku menekan butang merah sambil berlalu pergi ke tempat memancing.

Petang itu sewaktu pulang, sengaja kawan-kawan mengenenkan kami bagai pasangan pengantin. Bukan aku tak suka, cuma aku, malu. Fatin kelihatan puas mengenakan aku. Walaupun muka aku biasa, tetapi jauh di lubuk hati sudah terpaut rapat pada Fatin. 

****

"Woi kau melancap ke dalam tu?" suara garau dari luar bilik air. Sekali lagi aku terkejut dari lamunan. Cepat aku mandi dan keluar.
"Puas? Bayang siapa tadi?" Zaidi tersenyum sambil memandang aku keluar dari bilik air.
"Lana Nordin laa siapa lagi." Jawabku berseloroh tergelak.

Dengan bertuala, aku duduk diatas tilam sambil menggaru-garu kepala yang basah. 
"Kau betul ke jadi nak piknik weekend ni?"
"Jadilah. Kau kena ikut! Aku dah invite event dekat facebook, ramai yang dah respond."
"Fatin?"
Zaidi sedikit terkejut. "Takdenya dia nak datang. Rileklah Mal, tak payahlah kau terkenangkan betina sekor tu."
"Aku tanya je, kalau dia datang pun aku tak kisah." Zaidi memandang aku kasihan. Hanya dia yang mengetahui kisah sebenar antara aku dan Fatin. 
"Dia takde. Jangan risau," tegas Zaidi.
"Hurm ok," jawab aku sambil bangun menuju ke almari pakaian untuk keluar malam ini. 

Didalam kepala aku cuma berdenyut satu nadi ketika itu. Fatin. Entah mengapa.

*bersambung



Thursday, October 31, 2013

cliche

Craig seorang lelaki tampan dengan jaw-line angkuh dan body-shape yang anggun. Dia juga pekerja yang sangat berdedikasi dan mempunyai teamwork yang power.

Entah mengapa pagi ini Craig kerap ke tandas. Mungkin sushi tuna yang Craig order semalam sudah tamat tempoh ataupun dia memang lebih berselera jawa. Dia berulang-ulang ke tandas. Sampai di suatu ketika Craig mendapati tisu tandas sudah kehabisan. Dia pula terperangkap didalam tandas tanpa pili air. Semua gara-gara bos beliau yang berlagak moden dan bervisi memandang ke arah barat. 

Craig sudah bingung dan buntu. Akal yang pendek telah membunuh idea Craig untuk menggunakan boxer kegemarannya sebagai ganti kepada kertas tandas. Craig merasa bijak seketika. "Flush and let go," kata Craig kepada boxer kesayangannya.

Craig keluar dari tandas. Ramai diantara rakan sejawat Craig memerhatikan beliau. Seakan sesuatu telah terjadi sewaktu dia sedang berperang didalam sana. Mereka kelihatan sungguh tenang dan tersenyum. Craig merasa sungguh gelisah. Puas dia memikirkan apa yang membuat mereka berasa luar biasa dengan tindakan Craig keluar dari tandas tadi. Tidak mungkin mereka memasang kamera litar tertutup pula didalam sana. Craig cuba menyedapkan hati sendiri.

Malulah dia jika ada sesuatu yang janggal berlaku. Dia sudahlah menjadi idola dan crush tegar rakan-rakan sejawatnya yang hampir kesemuanya wanita. Jikalau wanita pertengahan umur itu tidak apalah, ini wanita yang boleh dikatakan hangat di pasaran dan idaman jiwa-jiwa musang. Hancurlah nilai seorang macho berkelas dunia. Musnah.

Tidak puas. Craig seperti anjing pula, cuba mencium-cium bau badannya. Tiada bau najis. "Am I smell like shit now?" tanya Craig dalam hati. "or was it because the room?" Craig cuma mampu diam dan kaku. Dia sudah disumpah menjadi tanggang. Keadaan di pejabat benar-benar sudah menjadi emak yang diderhakakan.

Perjalanan waktu di pejabat sungguh luarbiasa hari ini. Craig bagaikan pondan yang menyimpan anu didalam peti beku. Sudah gangrene. Nekrosis. Dia berjalan bagai robot. Hilang semua ciri-ciri lelaki melayu yang dia ada. Ya, Craig melayu. Jadi dia sudah biasa dengan belacan dan cendol pulut.

Waktu bekerja sudah tamat, Craig harus pulang untuk memasak makan malam. Craig mahu melupakan peristiwa kekwat tadi dan dia merancang untuk berendam di dalam besin mandi berjam-jam.

Masuk sahaja Craig ke dalam rumah, di menggantung jaket baldunya ke kayu gonggong di sebelah pintu rumahnya. Kayu yang diperbuat khas dari kayu jati, kuat dan tahan lasak. Tiada kaitan sebenarnya. Craig membuka pakaiannya satu persatu, dan,

"Holyshit, i forgot to zip-up my fuckin' pants," Craig terlanggar bucu pintu bilik air dan ibu jari kaki kanannya berdarah.

Malam itu Craig bersungguh-sungguh menaip surat perletakan jawatan sambil mengulang-ulang di dalam hatinya, "Cool Craig is cool, damn it.

Monday, October 28, 2013

BVJ5030

Tepat pukul sembilan malam, punggung lebar Aizuddin melekat pada kerusi plastik sebuah restoran India muslim. Membaca sesuatu dari telefon bimbit dan kemudian menyimpannya kembali ke dalam man-handbag kulit berwarna coklat.

"Woi Romok lama tak nampak?" sapa seseorang sambil menepuk bahu Aizuddin. Sedikit tersentak lalu dia menoleh.

"Aku kemain besar ni, kau boleh tak nampak? gila!" ketawa Aizuddin mengiyakan panggilan Romok ke atas dirinya. 

"Duduk dulu bro," pelawa Aizuddin. Kedua-dua mereka cuma tersenyum pendek selepas meminta seorang pelayan berbangsa Pakistan menyediakan mereka dua gelas teh tarik dan sekotak Winston merah. 

Perlahan Aizuddin mengetuk kotak merah berbalut plastik itu. Habis puas dia menghempas-hempas kotak rokok itu ke atas meja. Dengan lagak gaya seorang gangster, mengoyak plastik balutan dengan begitu eksyen sekali. Meletakkan sebatang rokok di hujung bibir dan terus meraba pemetik api didalam kocek seluarnya. Diacu tepat pada hujung rokok. Merah menyala tembakau yang dibalut kertas putih itu. 

Belum selesai sedutan pertama, dipelawa kotak merah itu kepada rakan semeja dengannya. "Nah!"

Melihat perlakuan Aizuddin cepat rakannya menegur, "Slow and steady je kau eh? Nak berasap pun macam nak memancing."

"Ini barulah Amerika bro," kata Aizuddin. Tersedak rakan Aizuddin mendengar jawapan bersahaja dari dia. Cepat-cepat dia menghirup teh tarik kononnya boleh melegakan rasa sesak tersedak asap tadi. 

"Jangan gelojoh bro, rilek." tegur Aizuddin tersenyum nipis.

Baru membuang sedikit abu dari hujung rokok ke dalam bekas abu rokok, Aizuddin sedikit berkerut dahinya melihat rakannya seakan kelam kabut mahu bangun dari tempat duduk dan memasukkan sesuatu kedalam poket jaketnya. "Handphone," getus Aizuddin. 

"Okaylah kawan, aku ada benda nak buat ni. Aku minta diri dululah," jelas rakan Aizuddin sambil mengeluarkan dompet. "Trimas untuk win ni," sambungnya lagi sambil menunjukkan rokok diantara dua jari beliau.
"Kau balik lewat ke?" tanya Aizuddin.
"Eh taklah, kau dah kenapa?" rakan Aizuddin dengan wajah sedikit terkejut dan terus ketawa seakan itu satu persoalan kurang pandai dari Aizuddin.
"All right bro, take care. Hati-hati," Aizuddin cuma tersengih. Entah apa yang diselindungkan dari dia.

Sebuah kereta Myvi biru meluncur laju keluar dari kawasan parkir restoran As-Salam. BVJ5030.

*****

Apartmen Kasturi Heights. Jam menunjukkan pukul sebelas tiga puluh empat minit malam. Aizuddin jelas tidak keruan. Masih lagi menghembus asap di mulut. Sudah separuh isi kotak Winston dikerjakan Aizuddin sejak di restoran tadi.

Sekarang dia sedang berdiri di hadapan sebuah pintu. Tertera di muka pintu 'A485'. Satu kombinasi susunan huruf dan nombor yang tidak aneh bagi Aizuddin. Sebuah pintu dimana dia berkenalan dan berjumpa dengan seorang gadis. Seorang gadis yang telah merakam gambar beliau sendiri dan meletakkan nombor telefon bimbitnya kedalam telefon bimbit Aizuddin dengan nama 'Makwe Aizu'. 

Aizuddin cuma berdiri kaku dihadapan pintu itu. Terlalu banyak yang difikirkan. 

Aizuddin memusingkan badannya menoleh ke arah parkir. Berdiri dia menongkat dagu di balkoni itu sambil tangannya laju menghalakan puntung rokok ke bibir. Habis sedutan terakhir, dilepaskan puntung itu ke lantai. Dipijak perlahan. 

Matanya tertancap pada sebuah kereta di parkir khas, BVJ5030. Dia tenang sambil kepalanya cuba mengingat khidmat pesanan ringkas tadi malam. Pesanan ringkas dari pemilik rumah dibelakangnya. "Malam ni tak boleh keluar, nak shopping dengan kawan-kawan bang. Jumpa esok kay?"

"Oh kawan eh? haha," gelak kecil Aizuddin. 

Nekad. Aizuddin menekan loceng rumah, tangannya kemas menggenggam sebilah parang tumpul. Dia masih tersenyum.

Saturday, October 12, 2013

6600

Namaku Flunk dan aku sedang menghampiri sebuah bangku. 


Pemain Mp3 murahan dikeluarkan dari kocek. Earphone disumbat perlahan ke telinga kiri. Butang play ditekan. kelihatan di paparan skrin kecil, 'now playing: sunburn.. artist: muse'

Punggung dilabuhkan di bangku batu marmar tiruan. 

"Kenapa lambat?"
"Saya baru balik kerja, awak marah?" Jawabku biasa.
"Dah janji kan pukul 6? Ni dah dekat maghrib baru sampai."
"Maaf lah sayang, apa yang penting sangat ni?"
"..."
"Hurm?"
"Kita stop lah"
"Stop? Eh? Maksudnya?"
"Break.."
"Ok"
Sejurus menjawab ringkas, aku bangun.

Shelin terkejut. Perkara yang ingin dibawa gurau tiba-tiba menjadi serius.

"Eh! Saya bergurau lah!" 
Seakan mahu gelak kecil kononnya itu satu troll. Cepat Shelin menarik tanganku dari berlalu pergi. 

Aku mencabut earphone di telinga. Aku perhati tangannya. 

"Dan saya serius." Aku menarik muka tegang dan mengeluarkan Nokia 6600. Seketika aku mencari sesuatu pada telefon bimbit itu, dan ku tunjukkan padanya. Tepat dihadapan mukanya. Gayaku seperti mahu memasukkan telefon bimbit itu ke dalam kepala Shelin.

Gambar seorang lelaki dan perempuan yang sangat dia kenali sedang berpelukkan mesra di dalam bilik yang kelihatan seperti sebuah bilik hotel mewah.

Melihat muka Shelin yang seperti keliru. Aku jadi bengang. Aku rentap telefon bimbit dari tangan Shelin dan aku hempas ke lantai batu. Berkecai. 

"Sugar daddy? Lama juga saya tunggu awak mintak clash. Slow!" Terfikir juga aku ketika itu. Apa yang membuat aku masih menunggu, padahal sudah lama aku mendapat gambar itu.

"Awak.." Shelin mula resah. "Awak, saya.. dia.. " seolah-olah ada sesuatu yang menyekat Shelin dari berterus terang.

"Gila!" Bentak aku dan berlalu pergi. Meninggalkan Shelin yang mulai menangis bagai baru mati anak. Sa-orang Flunk berjalan dan senyum dengan perasaan puas.


Namaku Flunk dan aku perlu membeli telefon bimbit baru.