Showing posts with label Unknown. Show all posts
Showing posts with label Unknown. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Dua

Bila dia dah bosan, nanti dia akan cari.

Kalau belum, tinggal dua pilihan saja; tunggu atau teruskan berjalan.

Nah, pilihlah antara dua.

Friday, May 9, 2014

Seni

Tiap seni itu ada saatnya tidak pernah datang sekali sama emosi.

Jika kedua digauli lalu sebati, pasti terhasil condongnya kutub rasa.

Ternyata indah atau celaka; terkesan buat hidupan lain.

Dan hasil itulah dinamakan mahakarya.

Monday, March 31, 2014

Rezeki

Segala kekayaan juga harta yang dimiliki hatta setinggi gunung mahupun seluas lautan; belum tentu jadinya itu rezeki yang mutlak bagi dirimu.

Jika bukan, jadi apakah yang sebenar-benarnya rezeki yang dinikmati?

Tiap-tiap apa kamu usahakan lalu masuk ke dalam mulut dan menjadi darah daging, itulah rezeki kamu.

Rezeki yang sebenar-benarnya.

Selebihnya?

Ia adalah milikkan orang lain yang perlu kamu agih-agihkan.

Sunday, March 23, 2014

Doa Diperkenankan

Datang waktunya, aku memohon pada yang Satu,

Agar hari-hari yang dilalui tidak didampingi dan dilingkari musuh.

Lalu Dia mendengar permintaan ini lantas perkenankan doaku.

Dan kini apa yang aku terima?

Ya, dikit demi dikit aku mulai kehilangan teman-temanku.

Wednesday, December 25, 2013

Biskut, Susu & Stokin

salam kegembiraan padamu,
buat temanku diseluruh ceruk fana,

yang berlainan ugama juga kepercayaanmu,
dengan apa yang aku anuti.

harap tidak dilupa biskut dan susu,
juga stokin kecil  merah saga di tepi chimeny,

moga-moga di-isi si fairy merah,
buat kamu girang bila bangun pagi.

sekali lagi,

salam Natal buat kamu,
hingga ketemu tahun lagi satu.

Wednesday, December 18, 2013

Menangis

Bilang temanku,
gadis persis bidadari
sukar ketemu.

Bilang teman,
gadis perilaku bak Khadijah atau Aishah
hampir pupus kewujudannya milenia ni.

Bilang temanku lagi,
menangislah sekian lelaki
terlewatkan kerna gadis itu sudah dinikahi.

Namun,

Tambah temanku,
aduh sayang seribu sayang
sayang hingga jatuh kasihan

kerna gadis malang itu menangisi diri
bila mendapat tahu diri ......

kedua milikkan lelaki itu.

Friday, December 13, 2013

Sabar

Kalau diturut, aras sabar tertinggi pada tafsiranku ada tiga semua.

Adalah begini lebih kurang hitungannya;

Pertama, berkaitan perihal sabar menemani manusia yang adiksi dengan shopping.

Kedua, persiapkan diri menjaga insan ditimpa musibah sakit sehingga datang sembuh atau ajalnya.

Ketiga ......

.
.
.
.
.
.

Ya , yang itulah kalau bisa dimengertikan.

Perihal mencari lalu bertemu jodoh lantas bisa beri bahgia dan menenangkan setiap nafas.

Beratkan?

Sabarlah.

Tuesday, November 19, 2013

Puas

Berkait perihalkan kamu,
Satu pun tak pernah yang cukup,

Usahkan tiga suku bulatan,
malahan separuh pun belum cuit bertamu,

Jadi bantu aku,
Gi mana usaha lagi harus aku berikan,
Untuk memuaskan kamu.

Yang tak pernah puas,
Bikin aku gila, gilakan kamu.

Thursday, November 14, 2013

Hukuman

Mengingati kamu lahirkan rindu,
Itu aku peduli dan tahu,

Hakikat ia tak bisa ubah kenyataan,
Engkau menemani Illahi takkan kembali.

Jika perbuatan merindu kamu hanya sia-sia,
Biarlah aku jadi Sisyphus tak berhenti dihukum kernanya.

Yang tak sudah terus merindu.

Tuesday, November 5, 2013

Tenang

Tika waktu melihatkan kamu, rias wajahku cukup bersahaja.
Tiada rimas, benci, sedih malahan jauh sekali marah.
Aku tampak tenang. Diskripsi itu kau tuturkan.

Aku tampak kuat untuk terus melayan kamu berkali-kali.
Malah lebih kerap tidak seperti lewatnya dulu.
Tiada sekatan waktu. Aku menemanimu selalu.
Seperti kau tiada sekelumit silap dibaja padaku.

Walhal kasih ini kau akui memilih untuk hentikan.
Lalu kau bingung sendiri, lantas datang sesal menyalut hati.

Percayalah di-tabir wajah tenang ini,
sebenarnya sudah berkali-kali dirimu aku bunuh.
Katakan saja cara apa kau boleh fikirkan, begitulah aku telah lakukan.

Lalu apa aku lakukan? Senyum dan terus senyum.

Monday, October 21, 2013

Rindu

Hati rindu.
Meronta terlalu.
Diluah tak mahu.
Kerna khuatir dan malu.
Jadi biar simpan sampai beku.

Hati rindu.
Hanya dia itu.
Dalam berjuta ada satu.
Yang terlihat cuma kamu.
Sering buat aku tak menentu.
Setiap hari, setiap saat, setiap waktu.

Hati rindu.
Fizikal resah, jiwa dah naik hantu.
Rengsa rimas sebal sendu.
Semuanya dah bersatu.
Buat tak peduli, buat tak tahu.
Itu yang ego aku selalu pujuk dan seru.

Hati rindu.
Sampai bila harus begitu.
Tiada penghujung, tiada hala tuju.
Entahlah... tapi biar aku terus menunggu.
Hingga ketemu momen juga waktu.
Supaya biar engkau tahu.
Atau aku akan kecewa seperti selalu.

Peh... padu. Memang teramat padu.
Engkau apa tahu?