Tuesday, January 7, 2014

R.E.T.O.R.I.K (1)

Teringat lagi aku pada pemandangan Tasik Paya Bungur pada hujung bulan Februari lalu. Itulah kali pertama aku mengenali Fatin. Keindahan waktu itu sama seperti indahnya dunia yang aku reka ketika aku memandang wajah Fatin. 

"Awak orang mana?" 
"Maaf, maaf saya jatuhkan menda alah ni," jawabku ringkas sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang tanpa sengaja aku jatuhkan ke tanah. Fatin tersenyum. Dia menghulurkan tangan. 
"Saya tanya awak orang mana, takpe saya maafkan. Jawab soalan saya dulu," tanya Fatin sedikit marah.
"Woi Kamal jawablah, kesian Fatin dari tadi dia dok perati kau tahu? Mengidam la tu," perli si Zaimah sambil menyiku perlahan Fatin.

Aku cuma terdiam dan tersenyum malu melihat Fatin. Ya, aku memang pemalu. Terkadang rasanya mahu menampar diri sendiri kerana penyakit malu ini. 

****

"Laa, senyum sorang-sorang ni gila ke apa benda?" terjah Zaidi. Tersentak aku dibuatnya. 
"Takde apa, teringat masa kita piknik dekat Kuantan dulu," aku masih tersenyum.
"Eh? betul jugak. Dah lama tak piknik ni. Apa lagi jom weekend?" 
"Aku tak boleh lah Didi, ada kerja sikit nak buat."
"Dah tau dah, tau dah. Kau yang konon-kononnya ada kerja time cuti ni nak kena terajang ke apa?" Zaidi tunjuk penumbuk. Aku tersengih. 
"Yelaa.." aku meleret masih tersenyum. Kawanku memang memahami kerenah aku. Sejak kecil memang susah mahu bergaul dengan kawan-kawan selain yang rapat denganku.

Aku beredar dari balkoni bilik mahu masuk ke bilik air. Aku menanggalkan pakaian dan menghidupkan water pump shower

****

"Awak malu ke dengan saya Kamal?" tanya Fatin tersenyum.
"Takdelah, saya segan sikit je, tak banyak pun. Sikit je," perlahan mataku memandang pada Ali yang melompat-lompat gembira mendapat hasil pancingan.
"Pandanglaa sini, saya bukan hantu tau," marah Fatin manja.
"Kau kena tahu Fatin, si Kamal ni pemalu ya amat. Sakit hati aku. Suruh hantar apa-apa ke cikgu pun, kalau boleh nak suruh aku. Heh!" Zaimah mengeluh.
"Takpelah orang tak sudi nak kenal kita, nak buat macam mana kan?" Fatin sedikit merajuk.

Aku cuma terdiam. Tiada ungkapan yang boleh keluar pada mulut aku. Kalaulah Fatin boleh mendengar suara hati aku, tentu kami sudah berborak rancak. Cuma kalau. 

Aku kenal siapa Fatin sebenarnya. Dia pelajar yang baru sahaja berpindah dari Sabah ke semenanjung. Orang Johor tetapi sudah lama menetap di Sabah. Berpindah kerana ayahnya seorang pengurus kilang minyak disana.

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku tersenyum sambil sedikit lega akhirnya boleh juga aku melarikan diri dari dua orang perempuan yang dari tadi tak habis-habis mengacau aku. Aku memberi isyarat telefon pada mereka sambil bangkit mahu bangun dan beredar dari situ. Nombor yang tidak dikenali. Aku pun menekan butang hijau. 

"Hello?"
"..."
"Hello ni siapa?"
"Assalamualaikum, ni Fatin. Kenapa malu dengan saya?" tergelak aku dibuatnya. Itulah perangai Fatin yang buat aku jatuh hati pada dia. 
"Sebab, entahlah.." jawab aku selamba.
"Yang awak takut sangat saya ngorat awak kenapa? Kang saya ngorat bebetul kang? Haa," jelas suara Fatin sedikit menjerit di belakang aku. Aduh tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku waktu itu.
"Haa, yela-yela. Habis tu sekarang nak apa ni?" aku masih lagi meneruskan perbualan telefon dengan jarak paling dekat di dunia.
"Nak kahwin, jom!" jelas didalam telefon suara Zaimah gelak terkekek-kekek.
"Haa, yelaa.." aku menekan butang merah sambil berlalu pergi ke tempat memancing.

Petang itu sewaktu pulang, sengaja kawan-kawan mengenenkan kami bagai pasangan pengantin. Bukan aku tak suka, cuma aku, malu. Fatin kelihatan puas mengenakan aku. Walaupun muka aku biasa, tetapi jauh di lubuk hati sudah terpaut rapat pada Fatin. 

****

"Woi kau melancap ke dalam tu?" suara garau dari luar bilik air. Sekali lagi aku terkejut dari lamunan. Cepat aku mandi dan keluar.
"Puas? Bayang siapa tadi?" Zaidi tersenyum sambil memandang aku keluar dari bilik air.
"Lana Nordin laa siapa lagi." Jawabku berseloroh tergelak.

Dengan bertuala, aku duduk diatas tilam sambil menggaru-garu kepala yang basah. 
"Kau betul ke jadi nak piknik weekend ni?"
"Jadilah. Kau kena ikut! Aku dah invite event dekat facebook, ramai yang dah respond."
"Fatin?"
Zaidi sedikit terkejut. "Takdenya dia nak datang. Rileklah Mal, tak payahlah kau terkenangkan betina sekor tu."
"Aku tanya je, kalau dia datang pun aku tak kisah." Zaidi memandang aku kasihan. Hanya dia yang mengetahui kisah sebenar antara aku dan Fatin. 
"Dia takde. Jangan risau," tegas Zaidi.
"Hurm ok," jawab aku sambil bangun menuju ke almari pakaian untuk keluar malam ini. 

Didalam kepala aku cuma berdenyut satu nadi ketika itu. Fatin. Entah mengapa.

*bersambung