Saturday, October 12, 2013

6600

Namaku Flunk dan aku sedang menghampiri sebuah bangku. 


Pemain Mp3 murahan dikeluarkan dari kocek. Earphone disumbat perlahan ke telinga kiri. Butang play ditekan. kelihatan di paparan skrin kecil, 'now playing: sunburn.. artist: muse'

Punggung dilabuhkan di bangku batu marmar tiruan. 

"Kenapa lambat?"
"Saya baru balik kerja, awak marah?" Jawabku biasa.
"Dah janji kan pukul 6? Ni dah dekat maghrib baru sampai."
"Maaf lah sayang, apa yang penting sangat ni?"
"..."
"Hurm?"
"Kita stop lah"
"Stop? Eh? Maksudnya?"
"Break.."
"Ok"
Sejurus menjawab ringkas, aku bangun.

Shelin terkejut. Perkara yang ingin dibawa gurau tiba-tiba menjadi serius.

"Eh! Saya bergurau lah!" 
Seakan mahu gelak kecil kononnya itu satu troll. Cepat Shelin menarik tanganku dari berlalu pergi. 

Aku mencabut earphone di telinga. Aku perhati tangannya. 

"Dan saya serius." Aku menarik muka tegang dan mengeluarkan Nokia 6600. Seketika aku mencari sesuatu pada telefon bimbit itu, dan ku tunjukkan padanya. Tepat dihadapan mukanya. Gayaku seperti mahu memasukkan telefon bimbit itu ke dalam kepala Shelin.

Gambar seorang lelaki dan perempuan yang sangat dia kenali sedang berpelukkan mesra di dalam bilik yang kelihatan seperti sebuah bilik hotel mewah.

Melihat muka Shelin yang seperti keliru. Aku jadi bengang. Aku rentap telefon bimbit dari tangan Shelin dan aku hempas ke lantai batu. Berkecai. 

"Sugar daddy? Lama juga saya tunggu awak mintak clash. Slow!" Terfikir juga aku ketika itu. Apa yang membuat aku masih menunggu, padahal sudah lama aku mendapat gambar itu.

"Awak.." Shelin mula resah. "Awak, saya.. dia.. " seolah-olah ada sesuatu yang menyekat Shelin dari berterus terang.

"Gila!" Bentak aku dan berlalu pergi. Meninggalkan Shelin yang mulai menangis bagai baru mati anak. Sa-orang Flunk berjalan dan senyum dengan perasaan puas.


Namaku Flunk dan aku perlu membeli telefon bimbit baru.


1 comment:

Martini Muaz said...

aku nak kata pawer ke asip ni pun bimbang jomblo lain jeles tak bertepian.