Wednesday, October 23, 2013

Si Tukang Rindu


Ada ketika;

Aku rindu haruman rambut kamu.
Aku rindu dekatan tubuh kamu di sisi aku.
Aku rindu ukir senyum kamu.
Aku rindu gaya ketawa mendongak langit kamu.
Aku rindu kamu yang tersandar lena di pundak aku.
Aku rindu cara kamu bermain dengan gelang tangan kamu sendirian (oh, ini yang paling aku rindukan!).

Aku tidak rindukan kamu.

Sungguh,
demi Tuhan.

Aku tidak rindukan kamu.

Aku cuma rindukan momen itu.

.END.

1 comment:

Ariff Masrom said...

Adakah kamu pasti kamu hanya rindukan momen itu sahaja? atau kamu rindukan momen itu bersama dia? *betulkan rambut*