Monday, February 3, 2014

"Kaki yang kiri, atau kaki yang kanan?"


Azak 'Boy' Hasheem, seorang pemain bola yang sangat lincah di padang. Kepantasan dan ketangkasan-nya mengawal bola, serta ketepatan beliau menyudahkan peluang yang terhasil sangat dikagumi oleh semua pihak. Tidak hairan-lah jika ketika masih berusia muda dia sudah disambar oleh Kelab Jaya B FC. Ditambah pula dengan wajah yang keanak-anakan, nama beliau sering menjadi jeritan gadis-gadis di stadium rumah dan lawan.

Namun, panas tidak selalunya hingga ke petang. Selepas melengkapkan perpindahan ke Malaya Raya A FC dengan rekod perpindahan paling mahal di Asia, dia seperti-nya gagal menemui rentak permainan. Apa saja yang dilakukan tidak pernah menjadi, seperti selalu-nya. Ah, dia peduli apa? Selagi dia dibayar mahal, selagi itu dia tidak peduli.
"Menang atau kalah, pergi mampus! Yang penting malam ini, kita enjoy!"
Setiba di parkir Apartment, Azak mula sakit kepala. Malam itu, dia mabuk lagi. Selepas penat bertarung 90 minit di atas padang, baki tenaga-nya disambung pula untuk bertarung di pesta muda-mudi sepanjang malam. Dengan mata kemerahan dan akal yang entah ke mana, dia menuju ke lif. 

"Boy..."

PANGGGGGGG !!!

***
Ah, apa dah jadi? Getus hati Azak. Kepala-nya berat, dan sakit. Bukan kerana baru lepas mabuk, tapi terasa pedih. Seperti baru lepas kena hentak. Dia cuba memegang kepala-nya, tapi tangan-nya pula tersangkut. Tangan dan kaki-nya diikat pada kerusi yang diduduk-nya. Apa ni? Aku kena culik ke apa ni?

"Boy. Apa khabar?"

Di depan Azak, seorang lelaki bertopi besbol sedang berdiri menghadap dia. Azak cuba mengecam siapa, tetapi gagal. Orangnya tegap, tinggi dan berkulit hitam manis.

"Siapa kau? Aku di mana?!!"

"Azak 'Boy' Hasheem, pemain posisi penyerang untuk Kelab Malaya Raya A FC. Dibeli dari kelab Jaya B FC.. Pemain paling mahal di Asia. Penampilan ke-52 dengan gol cuma 4. Malam tadi, kau gagal sempurnakan sepakan penalti, kemudian kau sia-siakan banyak peluang, dan akhirnya Malaya A FC kalah dengan jaringan 0-3. Menarik cerita kau ni, Boy."

Azak diam. Entah siapa-siapa dia ni? Tahu pula semua perihal karier aku? Peminat fanatik ke macam mana? Azak lihat sekeliling. Kelihatan seperti di dalam sebuah bangsal usang. Keadaan-nya gelap, dan berbau kusam; seperti sudah lama ditinggalkan. "Hoi! Aku kena culik ke apa ni?" soal Azak. Lelaki itu tersenyum, dan menghampiri Azak. Dia mula risau. Peluh jantan mengalir keluar dari dahi. Lelaki itu kemudian-nya duduk mencangkung di hadapan Azak.

"Buat apa aku nak culik kau? Apa aku dapat? Aku cuma nak tanya..."

Lelaki itu mencapai sebilah tukul bersaiz sederhana di lantai, dan kekal mencangkung. Dia kemudiannya mengetuk perlahan jubin lantai; masih tersenyum. 

Pak, pak, pakk...

"Kau nak tanya apa, sial! Lepaskan aku! Aku report polis nanti!"

Lelaki itu menjeling tajam dan berbisik, "Aku nak tanya, kaki kau yang mana satu yang sepak penalti semalam, dan tak masuk?" Azak cuba meronta, menarik tangan dan kaki dengan harapan tali ikatan di kerusi itu akan putus.

"Kaki yang kiri, atau kaki yang kanan?"

PANGGGGGGG!!!!

"ARGGGGHHHHHHHH!!!!!" Azak mula menjerit sekuat hati. Muka-nya mula kemerahan apabila bilah tukul tadi dihentak ke betis kaki kanan-nya. Patah atau retal, Azak tidak tahu, tapi yang pasti, ia-nya sangat menyakitkan.

"Aku tanya, kau jawab... Kaki yang kiri, atau yang kanan?"

PANGGGGGGGG!!!!!

"Arghhhhhh!!!!!" Sekali lagi tukul besi bersaiz sederhana dihayun sekuat hati. Kali ini, betis kaki Azak pula yang menjadi mangsa. Azak menjerit dan menggelupur di atas kerusi, lalu terjatuh. Tangan dan kaki-nya masih terikat. Ya Tuhan, selamatkan-lah aku! Jerit hati Azak.

Lelaki itu bangun, dan mengeluarkan sebilah pisau, dia menghampiri Azak semula, dan kembali menyoal, " Kalau kau taknak jawab kaki yang mana, tak apa Boy. Kau ingat tak perlawanan yang sebelum semalam? Minggu lepas. Benda yang sama, kau terlepas banyak peluang depan gol. Dan perlawanan yang sebelumnya pula, kau jaringkan gol sendiri. Kemudian kalah 1-2. Gila kau ni Boy. Tak masuk akal. Kau pemain penyerang, macam mana kau boleh jaringkan gol sendiri? Sini aku tanya... Kau ambil rasuah ke Boy?"

Lelaki itu memotong ikatan tali di kerusi. Dengan sisa tenaga yang ada, Azak cuba merangkak bangun dan,

PAPPPPPP!!!!

Kali ini betis kaki kiri Azak pula dipijak. "ARGHHHHHH!!! Sakit!!! Tolong, tolong lepaskan aku! Aku tak ambil rasuah! Tolongggg!!" 

PAPPPPP!! PAPPPPPP!!! PAPPPPPPPP!!!!

Betis kanan Azak pula dipijak bertubi-tubi.

Lelaki itu mengambil seutas tali, dan kemudian-nya mengheret Azak untuk duduk semula di kerusi. Tali diikat ketat, kemas. Azak longlai. Air liur-nya mula mengalir. Badan-nya lembik. Kaki-nya sudah hancur. Dia sudah tidak berdaya untuk menuturkan apa lagi.

"Kau rehat dulu, Boy. Esok malam aku datang tanya kau lagi. Pastikan kali ini, kau punya jawapan-nya. Kaki yang kiri, atau kaki yang kanan?"


.END.